About Me !

Wednesday, April 3, 2013

Si Putih !

Assalamualaikum !Hai !Salam 1 Malaysia !

Ahh~ lama betul tak update blog ni.. dekat dua minggu kot..huhu..btw ! aku nak sambung cerita aku pasal binatang peliharaan aku yang kedua ,iaitu arnab !

Hallo ! :-*  , lol !


Dia ni jantan , dan nama dia Luna !kalau aku bagitau nama dia kat orang..mesti orang tu akan tanya.. "Luna ?Luna bukan nama untuk betina ka ?"
Haa !sekarang ni meh cek nak cerita kenapa nama Luna lekat kat si arnab putih jantan nih !
Hari tu aku ada tengok cerita kartun kat RTM2 ,cerita kartun gajah ,ada sekor anak gajah ni comel dan dia jantan !nama dia Luna..so dari situ la aku terpikir nak letak nama Luna kat budak nih !

Ish !gatal pulak hidung ni !
Luna ni aku dapat taun lepas dari rumah mak menakan aku..tapi time tu dia kecik besar tapak tangan ja ,tapi sekarang dah sbesar gedabak !tapi gambar dia masa kecik hilang..aku pun tak tau macam mana boleh hilang !padahal banyak ja aku tangkap gambar dia..mungkin ada jugak terselit dua tiga gambar dia ,aku malas dah nak geledah kamera or handphone !haha..

Macam tikus dah aku tengok budak ni !
Dia ni kadang2 suka menyebai..duk hentak2 kaki dalam sangkar dia ,dia penah gak keluar pada sangkar dia..yang hairannya,,macam mana dia boleh bukak sangkar tu sendiri ?so pandai lah kau Luna !
Masa dia suka keluar tu waktu lepas subuh !tau2 ja la waktu tu mesti nak tidur balik !elok baring ja  atas katil ,mak dah panggil suruh pi tangkap Luna !
Dia suka ja duk bagi orang ligan2 dia..dok main kejar2 la pulak pagi2 buta !penat aku..

See ?Luna comel macam tuan dia tak ? lol !
Abaikan caption kat gambar atas tuh ! -_-
Tah apa2 gambar aku kat atas tuh..senyum macam apa lagi ! -_-"
 Okay lah..setakat ni ja la entri aku..tak tau nak tulis apa dah pasal si Luna ni..aku akhiri entri aku dengan video gelagat luna ni ! :)



Thanks all yang sudi luangkan masa anda untuk baca blog aku !
Assalamualaikum !Bye !Salam 1 Malaysia !

1 comment:

  1. Wow Renab, tengok sedap je kalau wat satey...nyum2

    ReplyDelete